Arkib untuk Kategori Pendidikan Khas(Masalah Pendengaran)

Happy Teacher’s Day

Posted in cikgu, ilhamku, Pendidikan Khas(Masalah Pendengaran) on Mei 16, 2010 by whiteseroja

njoy da song n wishing happy teachers day to all teachers out there!!!

Masalah Kehilangan Pendengaran

Posted in Pendidikan Khas(Masalah Pendengaran) on September 3, 2009 by whiteseroja
KLASIFIKASI MASALAH PENDENGARAN
 1
Terdapat tiga kategori kehilangan pendengaran yang biasa iaitu konduktif,
sensori neural (atau saraf deria) dan campuran.
 
MASALAH KEHILANGAN PENDENGARAN KONDUKTIF
 
 Bagi kategori kehilangan pendengaran konduktif, getaran dalam bentuk gelombang bunyi
 tidak sampai ke telinga dalam. Hal ini bermaksud bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar
 ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatan atau kerosakan pada laluan ini iaitu pada
 bahagian telinga luar dan telinga tengah. Ini menyebabkan bunyi yang dihasilkan perlahan
dan tidak jelas.
          Namun begitu, bahagian telinga dalam masih dapat berfungsi dengan baik dan dapat
memproses dan menghantar bunyi melalui saraf pendengaran ke otak.Walaupun kemudiannya
getaran yang diterima terus merangsang cecair yang terdapat di dalam telinga dalam tanpa
melalui telinga luar atau tengah.
           Kehilang pendengaran konduktif dikategorikan sebagai kehilangan pendengaran ringan
dan sederhana kerana masih boleh mendengar sebahagian bunyi-bunyi pertuturan dan
suara sendiri serta orang lain melalui tulang mastoid. Kebiasaannya,
 kehilangan pendengaran jenis ini boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.
 
MASALAH KEHILANGAN PENDENGARAN SENSORI NEURAL
 
Masalah kehilangan pendengaran sensori neural ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam a
tau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan
herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal.
         Walau bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran. Kehilangan pendengaran
 jenis ini melibatkan kerosakan yang berlaku di telinga dalam dan salur pendengaran iaitu koklea atau
saraf yang menjadi laluan ke otak. Selain itu, kehilangan pendengaran jenis ini adalah teruk (severe)
dan sangat teruk(profound) kerana individu yang mengalami masalah kehilangan pendengaran jenis
ini tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan secara lansung dan hanya mendengar bunyi-bunyi
yang kuat sahaja seperti mercun.
 
MASALAH KEHILANGAN PENDENGARAN CAMPURAN
 
Masalah pendengaran campuran berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran
serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama. Contohnya, seseorang
yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga
dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran.
          Kehilangan pendengaran yang berlaku akibat masalah di bahagian telinga luar atau telinga tengah berserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah kehilangan pendengaran campuran. Berlaku kehilangan pendengaran dalam kedua-dua ujian (bone and air conduction). Dalam pekak bercampur kehilangan pendengaran melalui tulang lebih baik dari ujian melalui udara tetapi kehilangan pendengaran berlaku kepada kedua-duanya.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.