Cara-cara Menghalang Godaan Syaitan

Seorang dari para salihin telah merumuskan cara tersebut dengan berkata: “Saya telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia, ternyata ia masuk ke dalam diri melalui sepuluh pintu.

Pertama : Tamak dan buruk sangka, maka aku menghadapi dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.

Kedua : Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan,  lalu saya menghadapinya dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku saban waktu.

Ketiga : Cintakan kerehatan dan kemewahan, lantas aku menghadapinya dengan  keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang dan balasan buruk pasti menanti.

Keempat : Kagum terhadap diri sendiri(‘ujub) lantas saya menghadapinya dengan rasa terhutang budi pada ALLAH dan kepada akibat yang buruk.

Kelima : Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu saya menghadapinya dengan mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.

Keenam : Hasad (dengki), lalu saya menghadapinya dengan sifat berpada (qana’ah) dan redha terhadap kurniaan ALLAH kepada makhluknya.

Ketujuh : Riya’ dan sukakan kepujian orang.Lalu saya menghadapinya dengan ikhlas.

Kelapan : Bakhil(kedekut), lalu saya menghadapinya dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk binasa manakala yang kekal itu berada di  sisi ALLAH.

Kesembilan : Takkabur(membesarkan diri), lalu saya menghadapinya dengan rasa tawadhuk.

Kesepuluh : Tamak-haloba, lalu saya menghadapinya dengan mempercayai ganjaran yang disediakan di sisi ALLAH dan tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi manusia.

Dipetik khas dari buku Fathi Yakan yang berjudul APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: