Mencintai Seseorang

Jika kita mencintai seseorang,
kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada
disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar,
dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping
lagi hati pada seseorang untuk kita
mencarinya. Itulah namanya Cinta…

Jangan sesekali mengucapkan selamat
tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu
masih merasa sanggup. Jangan sesekali
mengatakan kamu tidak mencintainya lagi
jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Jangan simpan kata-kata cinta pada
orang yang tersayang sehingga dia meninggal
dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-
kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan
kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang
selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu
dan bercinta dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang
tepat, kita harus mengerti bagaimana
berterima kasih atas kurniaan itu.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang
yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan
adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah
memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Cinta adalah keabadian…
dan kenangan adalah hal terindah yang
pernah dialami..

Siapapun pandai menghayati cinta tapi
tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan
objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya
cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Permulaan cinta adalah membiarkan orang
yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan
tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: